Blockbuster Episode: Majlis Perkahwinan Marzirah & Faidz
Berikut merupakan gambar kenang-kenangan di Majlis Pernikahan dan Persandingan Pasangan Mempelai Marzirah & Faidz untuk tatapan bersama. Majlis telah selamat diadakan di rumah pengantin perempuan di Tampin, Negeri Sembilan dan kemudian bertandang pula ke rumah pengantin lelaki di Taman Desa Rhu, Sikamat.
Sabtu, 24 Mei 2008
bersamaan 18 Jamadilawal 1429 Hijrah - TamPin, Negeri Sembilan. ( Rumah Pengantin Perempuan)
& Sabtu, 31 Mei 2008
bersamaan 25 Jamadilawal 1429 Hijrah- Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban Negeri Sembilan. (Rumah Pengantin Lelaki, 2 Pasangan Pengantin: Marzirah & Faidz, Bahiyah & Azam)
photography by: Eyerich Creative - professional ( @TamPin) http://eyerich.fotopages.com
faHmi iBrahim - amatur
( @Sikamat, Seremban) http://fahmi-ibrahim.blogspot.com
Doa di Majlis Perkahwinan Marzirah & Faidz
Ya Allah,
Kami menzahirkan diri kami pada hari ini,
Untuk sama-sama meraikan pembentukan sebuah lagi masjid umatmu
Berkati lah Ya Allah, kehadiran kami ini,
Semoga berkatmu ini,
Akan menjadi penyubur pada pembinaan perkahwinan
Yang penuh dengan Mawwaddah dan Rahmah.
Ya Allah Ya Rabbana,
Kami hanya mampu untuk menadah tangan kami kepadamu
Dan memohon kepadamu dengan penuh munajat
Agar apa yang kami pinta ini dimakbulkan,
Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa
Janganlah Ya Allah perkara ini menjadi penghalang,
Pada termakbulnya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas
Dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan kebesaran serta keampunanmu.
Allahumma,
Kami berdoa agar kedua mempelai ini
Akan terus melengkapkan iman mereka
Melalui perkahwinan mereka
Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati
Perasaan belas kasihan yang hakiki
Tekad usaha yang tidak mengenal penat
Tawakal kepadamu yang tidak mengenal pasrah
Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi
Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka
Dan yang terpenting keimanan padamu yang tidak mengenal ingkar.
Ya Rahman Ya Rahim,
Insafikan mereka berdua ini
Bahawa kejayaan perkahwinan mereka bukan bermula dengan kekayaan,
Bukan bertapak kan kedudukan,
Dan bukan bersemarak dengan pujian.
Insafikan mereka Ya Allah sebagaimana juga kami yang lain telah diinsafi,
Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka bermula dengan tidak lupa padamu,
Dengan sentiasa merindukan kehadiranmu,
Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahmu.
Kurniakan kepada mereka berdua
Sifat saling kukuh mengukuh sebagaimana berlakunya
antara Rasulullah S.A.W. dengan Khadijah.
Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui perjalanan
yang tidak lekang dari di uji.
Kurnia si isteri kepada suaminya,
sebagaimana kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W
Pengabdian kepada Allah S.W.T,
sebagaimana pengabdian Rabia’h Adawwiyah
Dan iltizam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah
sebagaimana yang ada pada Summayyah Binti Hubbaz.
Kurniakan jua kepada si suami,
Kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga,
Dan semoga dia sabar dengan apapun yang menduganya,
sebagaimana Nabi Allah Ayyub bersabar dengan ujian terhadap imannya,
kesihatannya dan keluarganya.
Ya Allah,
Sesungguhnya tidak ada doa yang susah bagimu untuk makbulkan
bagi kami yang sama-sama menghadiri majlis pada hari ini,
Insafi juga diri kami,
supaya kami mampu menjadi contoh yang hidup bagi kedua mempelai ini.
Bagi ahli keluarga kedua mempelai
yang telah kembali ke rahmatmu,
Izinkan arwah mereka untuk menyaksi saat-saat kebahagiaan mereka berdua,
Semoga anak,cucu, dan keturunan mereka
akan merupakan insan-insan yang bakal menjadi tonggak agamamu
dan tanah air yang kami cintai ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.